
Di Jerantut terkenal juga dengan beberapa makanan tradisi yang sedap..selain tempat-tempat yang menarik …
Antara makanannya seperti patin masak lemak tempoyak,gulai asam rong,masak lemak patin salai dan lain- lain lagi.
Murtabak antara makanan yang popular juga di Jerantut.Ramai juga orang-orang luar daerah datang semata-mata nak makan murtabak di sini .
Di bulan ramadhan makanan ini juga mendapat permintaan yang begitu tinggi,ada juga pelangan-pelangan yang sangup beratur berjam-jam untuk membeli kerana nak berbuka puasa dengan murtabak….
Biasanya murtabak inti daging dan murtabak ayam yang menjadi pilihan….
Begitulah kehebatan makanan-makanan yang ada di Jerantut…..