Petugas Taman-taman Sabah, Abidin Giking Yang Bertanggungjawab Mengendalikan

Petugas Taman-Taman Sabah, Abidin Giking yang bertanggungjawab mengendalikan bunga Rafflesia di kawasan seluas 1.3 hektar di kebun bunga Rafflesia, Poring berkata untuk pertumbuhan benih kepada tunas sahaja memerlukan masa hampir empat tahun dan dari tunas hingga kembang antara 12 hingga 15 bulan.

Abidin berkata kelopak bunga Rafflesia juga sangat sensitif dengan sentuhan manusia dan akan bertukar warna kehitaman dalam beberapa jam sebelum mati apabila disentuh, selain mengeluarkan bau busuk yang akan menarik serangga lain seperti lalat untuk hinggap sekali gus menjadi ejen pendebungaan.