[serahan Rampasan Hidupan Liar Oleh Pasukan Angkatan Tentera

[SERAHAN RAMPASAN HIDUPAN LIAR OLEH PASUKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) POS TANJUNG SEPANG, PENGERANG, JOHOR]

Satu cubaan untuk menyeludup burung ke luar negara telah digagalkan dengan kerjasama Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pos Tanjung Sepang, Pengerang, Johor. Sejumlah 49 bakul plastik mengandungi 548 ekor burung Murai Batu telah diserahkan pada 9 Januari 2021 ke Pejabat PERHILITAN Daerah Bandar Penawar, Johor.

Melalui rondaan yang dilakukan oleh ATM di kawasan pesisir Pantai Sungai Rengit, Johor, pihak ATM telah menemui bakul-bakul yang mengandungi burung Murai Batu yang diletakkan di kawasan pantai. Namun, tiada sebarang tangkapan dibuat dalam kes ini.

Laporan polis telah dibuat berkenaan penerimaan barang rampasan tersebut.