[operasi Mengambil Semula Enam Ekor Ungka Di Kg

[OPERASI MENGAMBIL SEMULA ENAM EKOR UNGKA DI KG ULU SUNGAI, JASU, MUKIM BATU TALAM, RAUB, PAHANG]

Satu operasi mengambil semula enam ekor Ungka telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia di Kg. Ulu Sungai, Jasu, mukim Batu Talam, Raub, Pahang pada 29 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020.

Seramai 18 orang kakitangan Jabatan PERHILITAN terdiri daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN, Jabatan PERHILITAN Negeri Pahang dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak. Operasi ini turut melibatkan Pegawai Veterinar Jabatan PERHILITAN yang memantau kesihatan dan kebajikan hidupan liar yang diambil serta turut dipantau oleh anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Cheroh, Raub, Pahang.

Operasi ini menggunakan kaedah pujukan melalui penggunaan umpan untuk memindahkan Ungka dari sangkar utama ke sangkar pindah. Kemudian, sangkar pindah telah dihantar menggunakan kaedah ????????????-???????????????? bagi memudahkan sangkar tersebut dibawa menyeberangi sungai dan seterusnya dipindahkan ke lori pemindah. Kesemua hidupan liar yang diambil telah dihantar ke NWRC bagi proses pemeriksaan kesihatan dan menjalani proses ????????????????????????????????????. Pihak Jabatan PERHILITAN ingin memaklumkan beberapa perkara iaitu;

1. Tiada kematian dan kecederaan Ungka semasa proses pengambilan semula seperti yang didakwa;

2.Tiada Ungka yang terlepas seperti yang di dakwa;

3. Tiada penggunaan sebarang ubat pelali ketika proses pengambilan semula;

4. Kesemua enam ekor Ungka yang diambil telah selamat dipindahkan ke NWRC;

5.Buat masa ini Ungka dalam proses kuarantin selama 30 hari bagi menjalani proses pemulihan di bawah pegawasan dan pemantauan Doktor Veterinar Jabatan PERHILITAN;

6. Pihak Jabatan mendapati kesemua Ungka ini jinak dan tidak takut kepada manusia. Proses Rewildling perlu dijalankan secara rapi sebelum Ungka ini dilepaskan ke habitat asalnya;

7. Sebelum proses pengambilan semula dijalankan , didapati beberapa ekor Ungka telah mengalami “Streotypic behaviour” iaitu perilaku tidak normal; dan

8. Proses pengambilan semula Ungka ini tidak memerlukan waran seperti yang diperuntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].