[berita Jenayah Hidupan Liar]

[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR]

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menjalankan pemeriksaan secara berasingan ke atas dua premis di daerah Kulai Jaya dan Pasir Gudang pada 4 Januari 2021. Hasil pemeriksaan telah merampas lima ekor hidupan liar disyaki Memerang Licin, seekor burung disyaki Dendang Selayang, dua belas ekor burung disyaki Bayan Nuri dan seekor burung disyaki Bayan Puling.

Siasatan awal ke atas tiga orang suspek yang ditahan mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen penyimpanan hidupan liar yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN. Laporan polis telah dibuat dan kes telah disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Kesemua burung yang dirampas telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Negeri Johor manakala kesemua memerang telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk tindakan selanjutnya.