Logo Rasmi Program Penghijauan Malaysia

Logo rasmi Program Penghijauan Malaysia ????- Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Secara ringkasnya, rekabentuk ini menggabungkan elemen tiga Pokok Merbau iaitu Pokok Kebangsaan yang melambangkan keutuhan integriti hutan negara dan simbolik perpaduan tiga wilayah di Malaysia.

Elemen dua tangan dalam logo adalah simbol perpaduan dalam memelihara bumi dan warna hijau biru mewakili warna identiti alam semesta.

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin akan menyempurnakan majlis pelancaran Progam Penghijauan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat kebangsaan pada 5 Januari 2021 (Selasa) bertempat di Seri Perdana, Putrajaya dan dilancarkan secara serentak bersama YAB Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri di negeri masing-masing.

Untuk info rasmi berkaitan kempen ini, layari www.100jutapokok.gov.my.

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
#100jutapokok