[operasi Bersepadu Khazanah (obk)]

[OPERASI BERSEPADU KHAZANAH (OBK)]

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menerima berita sedih pada hari ini apabila Negara telah kehilangan seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang yang merupakan khazanah berharga milik Negara.

Menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berjaya merampas 10 bahagian hidupan liar disyaki gading gajah, dua bangkai hidupan liar disyaki seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah premis di daerah Tanah Merah, Kelantan. Operasi ini melibatkan sembilan belas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah.

Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang permit dan kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bagi menyimpan barang kes tersebut. Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Suspek telah dibawa ke IPD Tanah Merah manakala kesemua barang kes dibawa ke IPK Kelantan sebelum diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Daerah Jeli untuk tindakan selanjutnya.

Berita lanjut boleh dilihat pada pautan:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/658483/polis-rampas-bangkai-harimau-gading-gajah-bernilai-rm500000