[operasi Bersepadu Khazanah (obk)]

[OPERASI BERSEPADU KHAZANAH (OBK)]

Melalui rondaan OBK yang dijalankan pada 20 Disember 2020, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menemui dan memusnahkan empat belas utas jerat dawai di sekitar kawasan Hutan Rizab Endau, Rompin, Pahang. Hasil pemeriksaan ke atas jerat yang dimusnahkan mendapati ia menyasarkan mamalia kecil dan mamalia besar yang terdapat di kawasan terbabit sebagai mangsa.

Operasi ini turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaaan lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pasukan Gerakan Am (PGA). Jabatan PERHILITAN menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah hidupan liar dan jerat ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN di 1800-88-5151.