[aurora Si Tenggiling]

[AURORA SI TENGGILING]

Seperti dikongsi berita kelahiran anak Tenggiling bernama Aurora pada 9 November 2020, anak Tenggiling berusia hampir dua bulan ini semakin sihat dan membesar di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungkai, Perak. Ia merupakan anak kepada pasangan Balan (jantan) dan Gerik (betina). Untuk makluman, Tenggiling boleh mengawan setelah mencecah usia tiga bulan. Apabila Tenggiling ini matang, ia akan mampu berdikari dan mencari makan sendiri yang terdiri daripada anai-anai dan serangga lain.

Maklumat kelahiran Aurora telah dikongsi pada 13 November 2020 seperti pautan:

https://www.facebook.com/208535215826654/posts/4087334197946717/?sfnsn=mo