[operasi Translokasi Seekor Tapir Jantan Di Kg. Senggora,

[OPERASI TRANSLOKASI SEEKOR TAPIR JANTAN DI KG. SENGGORA, LUBUK PAKU, MARAN, PAHANG]

Satu operasi translokasi seekor Tapir (???????????????????????????? ????????????????????????????) jantan di Kg. Senggora, Lubuk Paku, Maran, Pahang telah dijalankan pada 16 Disember 2020. Pemeriksaan kesihatan mendapati Tapir tersebut sihat dan tiada sebarang kecederaan fizikal.

Seramai 10 orang kakitangan dari Jabatan PERHILITAN Daerah Maran dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan terlibat dalam operasi ini. Tapir tersebut telah dilepaskan di kawasan Rizab Hidupan Liar Krau, Pahang. Jabatan PERHILITAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung yang menyalurkan maklumat berkenaan Tapir tersebut.