[operasi Tangkapan Seekor Gajah Jantan Di Kg Pasir

[OPERASI TANGKAPAN SEEKOR GAJAH JANTAN DI KG PASIR DULA, HULU TERENGGANU, TERENGGANU]

Susulan aduan oleh penduduk Kg. Pasir Dula, Hulu Terengganu, Terengganu, Seekor gajah jantan telah berjaya ditangkap pada 15 Disember 2020 oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dalam satu operasi tangkapan gajah yang dijalankan sejak 14 Disember 2020.

Operasi ini melibatkan 6 orang kakitangan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Terengganu. Gajah yang ditangkap berada dalam keadaan sihat dan pemantauan secara berterusan telah dilakukan di lokasi tangkapan sehingga gajah dipindahkan ke habitat yang sesuai.