[majlis Menandatangani Pto Komponen

[MAJLIS MENANDATANGANI PTO KOMPONEN ???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????? (NTF) DI WISMA PERWIRA JALAN PADANG TEMBAK KUALA LUMPUR]

Satu majlis menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Ops Benteng di bawah ???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????? (NTF) telah berlangsung di Wisma Perwira, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada 14 Disember 2020. PTO telah dihasilkan daripada penyelarasan prosedur operasi sedia ada setiap agensi keselamatan dan penguatkuasaan melalui perbincangan antara agensi di peringkat komponen. Fungsi PTO adalah sebagai panduan tatacara Ops Benteng termasuk panduan taktikal bagi meningkatkan kejayaan pelaksanaan operasi di bawah NTF.

Majlis ini telah disaksikan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Bador serta ketua-ketua pengarah agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang terlibat. NTF dianggotai oleh 19 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dibahagi kepada Komponen Darat, Komponen Maritim dan Komponen Udara. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia merupakan salah satu agensi penguatkuasaan di bawah Komponen Darat NTF.

Maklumat lanjut boleh dilihat pada pautan:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=143783324204439&id=116664360249669&sfnsn=mo