[maklumbalas Isu Tular: Serangan Harimau Belang Ke Atas

[MAKLUMBALAS ISU TULAR: SERANGAN HARIMAU BELANG KE ATAS TERNAKAN ORANG KAMPUNG DI FELDA KERTEH 4, KEMAMAN, TERENGGANU]

Susulan tular berita di media massa berkenaan dua ekor ternakan dibaham Harimau Belang di Felda Kerteh 4, Kemaman, Terengganu. Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia sedang berusaha sedaya upaya bagi menangkap hidupan liar terbabit.

Jabatan PERHILITAN ingin menasihati penternak terbabit supaya dapat mengurung atau menempatkan ternakan mereka di kawasan yang selamat sehingga harimau tersebut dapat ditangkap. Sebarang maklumat berkenaan kehadiran harimau tersebut boleh disalurkan ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN 1800-88-5151.

Berita tular boleh dilihat pada pautan:

https://www.sinarharian.com.my/article/114583/EDISI/Dua-lagi-lembu-dibaham-pak-belang