[maklumbalas Isu Tular: Video Kehadiran Babi Hutan Di

[MAKLUMBALAS ISU TULAR: VIDEO KEHADIRAN BABI HUTAN DI ALAMANDA, PUTRAJAYA]

Susulan video tular mengenai kehadiran Babi Hutan di Alamanda, Putrajaya pada 6 Disember 2020, Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pihak Unit Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya telah melakukan siasatan di lokasi kejadian. Hasil siasatan mendapati Babi Hutan ini berasal dari kawasan berhampiran Tasik Presint 16, Putrajaya dan ia telah tersesat dari kumpulannya.

Pihak Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya akan meningkatkan pemantauan di lokasi kejadian bagi mengawal populasi Babi Hutan melalui pemasangan perangkap di sekitar kawasan tepi Tasik Presint 16, Putrajaya. Perbadanan Putrajaya dan Pengurusan Alamanda, Putrajaya akan menambahbaik pengurusan sampah bagi mengelakkan kehadiran Babi Hutan pada masa akan datang.

Berita dan video tular tersebut boleh dilihat pada pautan:

Video: https://youtu.be/st1SNmsYIdI

Berita: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengunjung-cemas-babi-hutan-masuk-pusat-beli-belah-di-putrajaya-271886