[maklumbalas Tular Video Beruang Matahari Melintas Jalan Di

[MAKLUMBALAS TULAR VIDEO BERUANG MATAHARI MELINTAS JALAN DI SUNGAI SIREH, TANJUNG KARANG, SELANGOR]

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah membuat pemantauan di sekitar lokasi kejadian susulan beberapa aduan oleh penduduk kampung ke atas kehadiran seekor Beruang Matahari sejak 3 Disember 2020 iaitu sebelum tularnya video di media sosial Facebook berhubung seekor Beruang Matahari melintas jalan di Sg. Sireh dan menyeberangi sungai menuju ke Hutan Simpan Sg. Karang pada 6 Disember 2020.

Pihak Jabatan PERHILITAN juga telah berbincang dengan ketua kampung di lokasi terlibat untuk bekerjasama bagi melakukan pemantauan secara berterusan di lokasi terbabit. Pihak Jabatan PERHILITAN menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan hidupan liar tersebut agar menyalurkan maklumat tersebut ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN 1800-88-5151.

Video tular tersebut boleh dilihat pada pautan:

https://www.facebook.com/1676383786004240/posts/2564783087164301/