[operasi Tangkapan Gajah Jantan Di Kg Jerek, Batu

[OPERASI TANGKAPAN GAJAH JANTAN DI KG JEREK, BATU MELINTANG, JELI, KELANTAN]

Penduduk di Kg. Jerek, Batu Melintang, Jeli, berasa lega setelah seekor gajah jantan yang sering masuk ke kawasan kampung berjaya ditangkap pada 1 Disember 2020 dalam satu operasi tangkapan gajah liar. Operasi tangkapan ini turut melegakan penduduk di 5 buah kampung di Daerah Belimbing, Kelantan.

Operasi tangkapan gajah jantan ini melibatkan 7 kakitangan daripada Jabatan PERHILITAN Daerah Jeli. Pemeriksaan awal mendapati gajah tersebut berada dalam keadaan sihat dan stabil. Pemantauan berterusan di lokasi tangkapan turut dilakukan sehingga gajah jantan tersebut dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai.