[pelupusan Barang Kes (sisik Tenggiling)]

[PELUPUSAN BARANG KES (SISIK TENGGILING)]

Jabatan PERHILITAN telah berjaya menjalankan pelupusan barang kes (sisik Tenggiling) seberat 2058 kg dengan anggaran nilai RM 25,390,575.00 (USD 6.17 juta) telah diadakan pada 26 November 2020 di Pusat Kualiti Alam, Seremban, Negeri Sembilan. Kaedah pelupusan ini menggunakan kaedah pembakaran di dalam insinerator di pusat tersebut.

Tenggiling merupakan hidupan liar yang disenaraikan sebagai spesies yang tidak boleh di Perdagangan dibawah Konvesyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

Pelupusan sisik tenggiling ini merupakan satu kejayaan besar untuk Negara yang menunjukkan tahap keseriusan Negara dalam membendung penyeludupan hidupan liar. Tindakan ini juga merupakan salah satu obligasi Negara di bawah CITES.

Sisik Tenggiling ini merupakan hasil rampasan beberapa kes bermula 2017 sehingga 2019 oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN.