[operasi Tangkapan Gajah Liar Jantan Di Kg. Darat

[OPERASI TANGKAPAN GAJAH LIAR JANTAN DI KG. DARAT TELADAS, AIR PUTEH, KEMAMAN, TERENGGANU]

Susulan aduan gangguan gajah oleh penduduk Kg. Darat Teladas, Air Puteh, Kemaman, Terengganu pada 20 November 2020, seekor gajah jantan telah berjaya ditangkap pada 23 November 2020 dalam satu operasi tangkapan gajah liar yang dijalankan oleh kakitangan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu.

Gajah yang ditangkap berada dalam keadaan yang sihat dan stabil. Pemantauan secara berterusan turut dijalankan di lokasi tangkapan sehingga gajah tersebut dilepaskan di habitatnya. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkaitan gajah tersebut.