[majlis Perasmian Program Jumanji Wildlife Awareness 2020]

[MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JUMANJI WILDLIFE AWARENESS 2020]

Program Jumanji Wildlife Awareness merupakan sebuah program kesedaran awam berkenaan kepentingan alam sekitar menggunakan video-video kreatif dan mudah difahami melalui platform media sosial. Video kreatif dan gambar menarik hidupan liar telah dikongsikan sejak September 2020 dan berakhir Disember 2020. Program ini adalah salah satu program di bawah Kursus Pembangunan Kesukarelawan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia pada 21 November 2020 secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia.

Program kesedaran ini diharap dapat memupuk kesedaran orang awam mengenai kepentingan melindungi dan memelihara spesies hidupan liar yang merupakan khazanah biodiversiti Malaysia. Video dan gambar menarik tentang hidupan liar yang dihasilkan bawah program kesedaran ini boleh dilihat pada pautan:

Instagram: https://instagram.com/thetruewilderness?igshid=13b4fx8szyoh0

Facebook: https://www.facebook.com/Truewildernesss/