[kenyataan Media: Bantuan Kewangan Kepada Pengusaha Zoo Dan

[KENYATAAN MEDIA: BANTUAN KEWANGAN KEPADA PENGUSAHA ZOO DAN PAMERAN TETAP (ZPT) YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)]

Susulan tular beberapa persoalan berkaitan peranan Kerajaan bagi mengatasi implikasi ke atas kegiatan ekonomi Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi pihak Kerajaan telah menyalurkan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM 1.3 juta melalui Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia kepada Zoo Negara pada Jun 2020 bagi menampung kos menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar di Zoo Negara akibat kesan penularan pandemik COVID -19.

Pihak KeTSA turut melaksanakan beberapa tindakan jangka pendek seperti menyediakan peruntukan sebanyak RM 10.2 juta di bawah Program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas, memanjangkan secara spesifik diskaun 15% bil elektrik secara bulanan selama 6 bulan kepada ZPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, menyediakan bantuan pengurusan husbandiri kepada ZPT dan mengedarkan 15 tan barangan sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada ZPT.

Tindakan jangka panjang yang dilakukan adalah mengadakan sesi konsultasi dengan ???????????????????????????????????? ???????????????????????????????????????????? ???????? ???????????????????????????????????????? ???????????????? ???????????? ???????????????????????????? (MAZPA) serta ZPT bagi mengkaji semula peraturan pengendalian ZPT di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 [???????????????? 716] bagi memastikan ZPT adalah berdaya tahan (???????????????????????????????????? ????????????????????????????????????????????????????????) dan kebajikan hidupan liar terpelihara. Terdapat juga pelbagai pihak swasta dan badan bukan kerajaan yang banyak menyumbang dan pihak Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan.

https://www.facebook.com/1079327292155815/posts/3613566705398515/