Malaysia Adalah Antara Salah Sebuah Dari 12 Negara

Malaysia adalah antara salah sebuah dari 12 negara yang mempunyai mega-diversiti atau kepelbagaian bio. Biodiversiti merupakan kepelbagaian antara organisma hidup yang merangkumi kesemua aspek kehidupan seperti kehidupan daratan, sistem akuatik, dan kompleks ekologi dan termasuklah diversiti antara spesis dan ekosistem. Kekayaan diversiti yang terdapat di Malaysia dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Manakala bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Biodiversiti sangat penting untuk dikekalkan kerana setiap spesis berintaksi dalam satu sistem rantaian yang bergantung antara satu sama lain. Namun, sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar banyak binatang di negara kita diancam oleh kepupusan walaupun pelbagai kempen telah giat dijalankan namun isu ini seolah-olah tidak pernah berkesudahan. Menurut The World Conversation Union, (IUCN), terdapat lebih kurang 14% haiwan mamalia di Malaysia telah diancam oleh kepupusan.

Antara binatang yang sedang diancam kepupusan tahap kritikal di Malaysia ada harimau Malaya, badak Sumatera, tenggiling, penyu, orang utan, gajah borneo, dan tapir. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perlihitan) pada tahun 2018, kematian hidupan liar dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 7,451 pada tahun 2017, berbanding 6,767 pada tahun 2016 dan 6,258 pada tahun 2015. Baru-baru ini Malaysia telah kehilangan Badak Sumatera yang bernama Tam dan hanya tinggal badak Sumatera betina yang bernama Iman menjadikannya satu-satunya badak Sumatera yang masih wujud di negara kita