[kursus Asas Pengendalian Uav Dan Pemantauan Kawasan Perlindungan]

[KURSUS ASAS PENGENDALIAN UAV DAN PEMANTAUAN KAWASAN PERLINDUNGAN]

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Kursus Asas Pengendalian UAV dan Pemantauan Kawasan Perlindungan bermula 12 hingga 16 Oktober 2020 di Tapak Ramsar Tasik Bera, Pahang kepada kakitangan yang mengurus Kawasan Perlindungan di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN.

Kursus ini mengandungi beberapa modul seperti Pengenalan kepada UAV, Komponen dan Penyelenggaraan UAV, Prosedur Penerbangan/SOP/Peraturan/ Perundangan Udara berkaitan di Malaysia, Teori dan Latihan Penerbangan serta pendedahan terhadap perisian semasa misi penerbangan dan proses-proses yang berlaku ketika menganalisis imej yang diperolehi bertujuan memberi pendedahan asas kepada kakitangan yang ditugaskan di kawasan perlindungan seliaan Jabatan PERHILITAN.