[berita Jenayah Hidupan Liar]

[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR]

Satu serbuan telah dilakukan ke atas dua rumah kongsi di sebuah ladang di Gua Musang, Kelantan pada 24 Oktober 2020. Serbuan melibatkan anggota penguatkuasa Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah berjaya menahan 7 orang warga asing berasal dari Thailand dan Myanmar.

Hasil pemeriksaan ke atas rumah kongsi tersebut menjumpai jerat, bahagian disyaki kepala, kulit, kuku dan daging Kambing Gurun serta kepala Kijang.

Siasatan awal mendapati suspek memperolehi hidupan liar tersebut dari jerat yang dipasang di dalam hutan sekitar kawasan rumah kongsi. Kesemua suspek dibawa ke IPD Gua Musang untuk laporan polis dan kesemua barang kes dibawa ke Pejabat Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Gua Musang untuk tindakan selanjutnya. Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].