[gajah Mangsa Jerat Di Jeli, Kelantan]

[GAJAH MANGSA JERAT DI JELI, KELANTAN]

Satu aduan telah diterima melalui talian Hotline Jabatan PERHILITAN pada 9 Oktober lalu berkenaan seekor gajah yang disyaki telah terkena jerat dan mengalami kecederaan berhampiran Kampung Renyuk, Jeli Kelantan.

Susulan aduan tersebut, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan telah digerakkan ke kawasan tersebut. Pada 10 Oktober, sejumlah 11 kakitangan yang terdiri daripada UTG Kelantan dan pasukan Op Bersepadu Khazanah Zon Timur telah menjalankan operasi bagi menjejak gajah tersebut. Operasi berjaya menemukan gajah betina tersebut dan pemerhatian awal mendapati kaki kanan hadapannya telah bengkak dan bernanah disyaki terkena jerat.

Jabatan PERHILITAN mengucapkan terima kasih kepada pengadu yang telah memberi maklumat sehingga gajah ini dapat diselamatkan.