[tangkapan Gajah Liar Di Kuala Krai, Kelantan]

[TANGKAPAN GAJAH LIAR DI KUALA KRAI, KELANTAN]

Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Krai telah menerima aduan gangguan gajah liar di sekitar Kampung Tok Uban, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan pada 1 Oktober 2020. Pemantauan dan kaedah mitigasi telah dilaksanakan.

Namun, sekali lagi aduan gajah liar diterima pada 8 Oktober 2020. Gajah tersebut telah berada di dalam kawasan kampung dan telah mengganggu kawasan kebun getah dan buah buahan. Penduduk kampung berasa takut untuk melaksanakan kegiatan harian.

Seramai 6 orang anggota PERHILITAN Negeri Kelantan dan 5 anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah telah ke kawasan tersebut dan berjaya menangkap 3 ekor gajah liar tersebut. Seekor gajah jantan dan 2 ekor betina kini berada dalam keadaan stabil dan sihat. Pemantauan berterusan di lokasi tangkapan akan diteruskan sehingga Operasi Pemindahan dilakukan.