[hari Burung Hijrah Sedunia/world Migratory Bird Day 2020]


[HARI BURUNG HIJRAH SEDUNIA/WORLD MIGRATORY BIRD DAY 2020]

”Birds Connect Our World” merupakan tema untuk sambutan Hari burung Hijrah Sedunia bagi tahun ini. Kami kongsikan video mengenai kajian dan usaha konservasi burung Kedidi Dian Besar atau juga dikenali sebagai Great Knot.

Di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], spesies ini merupakan spesies hijrah yang dilindungi sepenuhnya. Aktiviti penandaan/menggelang burung dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN dan penyelidik burung di seluruh dunia bagi memahami laluan migrasi burung-burung ini dan keperluan habitat di sepanjang penghijrahannya.

https://youtu.be/KMKP8Zvvy0U