[hari Burung Hijrah Sedunia/world Migratory Bird Day 2020]

[HARI BURUNG HIJRAH SEDUNIA/WORLD MIGRATORY BIRD DAY 2020]

Tarikh 9 Mei 2020 dan 10 Oktober 2020 telah dipilih sebagai Hari Burung Hijrah Sedunia 2020 (World Migratory Bird Day 2020) dengan temanya: Burung Menghubungkan Dunia Kita (Birds Connect Our World)
Tema dipilih bagi menekankan kepentingan memelihara dan memulihara perhubungan ekologi dan integriti ekosistem yang merupakan keperluan utama bagi pergerakan semula jadi burung hijrah dan amat penting bagi kemandirian spesies ini.

Burung-burung ini melakukan penghijrahan dari hemisfera utara ke hemisfera selatan pada bulan September hingga April setiap tahun mengikut laluan penghijrahan bagi mengelak musim sejuk di hemisfera utara. Laluan penghijrahannya dikenali sebagai ‘flyway’.

Ketika menjalankan penghijrahan, burung hijrah bergantung kepada kawasan tanah lembab yang produktif bagi berehat dan makan untuk mengumpul semula tenaga bagi meneruskan perjalanan. Kerjasama antarabangsa sepanjang laluan penghijrahan ini penting untuk konservasi dan perlindungan burung hijrah dan habitat mereka.

East Asian-Austalasian Flyway Partnership (EAAFP) telah ditubuhkan pada 6 November 2006 yang memberi fokus kepada perlindungan Burung Hijrah, habitat dan kepentingan orang awam yang bergantung kepada habitat tersebut. Malaysia telah secara rasmi menyertai East Asian-Austalasian Flyway Partnership pada tahun 2012.

#WorldMigratoryBirdDay2020