[kempen Selamatkan Harimau Malaya: Usaha Konservasi]

[KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU MALAYA: USAHA KONSERVASI]

Pelbagai usaha telah dijalankan sebagai strategi dalam melaksanakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya. Ianya meliputi usaha penguatkuasaan, penyelidikan dan kesedaran awam. Usaha-usaha ini dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan badan bukan kerajaan yang berkaitan dengan konservasi Harimau Malaya.