Ringkasan Perutusan Khas Perdana Menteri:

Ringkasan Perutusan Khas Perdana Menteri:

1. PKPB akan digantikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

2. Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun kecuali melibatkan kawasan-kawasan PKPD.

3. Semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat.

4. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan semula.

5. Sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibenarkan tertakluk kepada SOP. Kelonggaran lebih ramai solat berjemaah sedang diperhalus.

6. Sekolah akan dibuka secara berperingkat.

7. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, taman tema, kenduri, rumah terbuka dan aktiviti yang melibatkan orang ramai masih tidak dibenarkan.

8. Fasa normalisasi selepas 31 Ogos sehingga vaksin Covid-19 ditemui.