Pertandingan Fotografi Sungai Bersih 2020

PERTANDINGAN FOTOGRAFI SUNGAI BERSIH 2020
bertemakan #kitajagasungaikita

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA:
Tempat Pertama : Wang Tunai RM3,000.00
Tempat Kedua : Wang Tunai RM2,000.00
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM1,000.00
Saguhati (10 Peserta) : Wang Tunai RM500.00

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan tiada had umur ditetapkan.

2. Kakitangan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Jabatan/ Agensi di bawahnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

3. Peserta mestilah like / follow media sosial KASA, NAHRIM dan SPAN:

LIKE FACEBOOK
Kementerian Alam Sekitar Dan Air
National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

FOLLOW INSTAGRAM
@kementerianalamsekitardanair
@nahrim
@span_malaysia

FOLLOW TWITTER
@KASA_Malaysia
@nahrimofficial
@span_malaysia

4. Setiap penyertaan mestilah memuatnaik foto sungai di lokasi yang sama bagi keadaan SEBELUM,SEMASA dan SELEPAS Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di media sosial masing-masing dan mestilah tag media sosial KASA, NAHRIM dan SPAN.

5. Peserta dikehendaki tag sekurang-kurangnya 3 pengikut di media sosial masing-masing di ruangan komen.

6. Tarikh dan masa gambar diambil mestilah disertakan di ruangan caption.

7. Gambar yang dimuatnaik mestilah asli dan penggunaan filter adalah tidak dibenarkan.

8. Peserta mestilah meletakkan tanda pagar (hashtag) berikut pada gambar yang dimuatnaik di ruangan caption.
#kitajagasungaikita
#kasa
#nahrim
#span

9. Profil media sosial peserta mestilah pada tetapan umum (public) dan butiran peserta akan disimpan untuk tujuan pertandingan.

10. Gambar yang dimuatnaik untuk penyertaan adalah menjadi hak milik bersama KASA, NAHRIM, SPAN dan peserta.

11. Gambar mestilah hak milik asli peserta. Penyertaan bagi gambar yang melanggar hak milik atau hak cipta individu/kumpulan/organisasi lain adalah terbatal secara automatik.

12. Kerajaan berhak menggunakan gambar yang dimuatnaik untuk dijadikan material apa jua bentuk hebahan media pihak KASA, NAHRIM dan SPAN.

13. Pemarkahan akan diambil kira berdasarkan kreativiti menggunakan hashtag #kitajagasungaikita dan keputusan hakim adalah muktamad.

Tempoh sebelum PKP : tarikh sebelum mula PKP pada 18 Mac 2020
Tempoh semasa PKP : tarikh pelaksanaan PKP bermula dari 18 Mac 2020 sehingga ke tarikh tamat PKP yang akan diumumkan oleh Kerajaan
Tempoh selepas PKP : 2 minggu dari tarikh tamat PKP yang akan diumumkan oleh Kerajaan

Kementerian Alam Sekitar Dan Air
National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Ketua Pengarah NAHRIM
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Dato Seri Ir. Dr. Zaini Ujang
Dato Ir Dr Mohd Nasir Md Noh

#kitajagasungaikita
#kasa
#nahrim
#span