Fakta Menarik Kompleks Gua Kota Gelanggi

Fakta Menarik Kompleks Gua Kota Gelanggi

Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 30 kilometer dari Jerantut dan ia sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri yang cintakan kedamaian serta keindahan alam semulajadi.

Asal usul nama Gelanggi berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.

Gua Kota Gelanggi berusia 150juta thaun iaitu wujud dari zaman dinasor lagi

Melihatkan struktur batu batannya, Gua Kota Gelanggi mungkin pernah menjadi perkampungan terutama kedudukannya berhampiran dengan sungai Gelanggi yang dipercayai menjadi jalan perhubungan masa lampau.

Dalam Gua Kota Gelanggi terdapat tujuh gua yang dahulunya kota iaitu
Kota Tongkat,
Kota Gelap,
Kota Angin,
Kota Balai,
Kota Rehut,
Kota Jin
Kota Kepayang

yang membawa maksud negeri-negeri berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu
.
Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa dalam gua Kota Gelanggi.

Pengarah Syamsul Yusof menjadikan Gua Kota Gelanggi menjadi salah satu lokasi pengambaran filem beliau seperti filem Munafik