[sudut Ekopelancongan]

[Sudut Ekopelancongan]

Taman Negara Pahang boleh di akses melalui dua pintu masuk iaitu Kuala Tahan dan Merapoh. Taman Negara Pahang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti titian kanopi, rentis hutan, eksplorasi sungai, melawat penempatan orang asli, "Night Walk dan yang paling mencabar adalah pendakian Gunung Tahan.

Titian kanopi sepanjang 531 m merupakan antara titian kanopi terpanjang di dunia yang berfungsi sebagai menara tinjau bagi melihat hidupan liar serta menjalankan kajian flora. Taman Negara Pahang merupakan tumpuan jurufoto yang gemar mengambil gambar pemandangan keindahan alam sekitar Taman Negara Pahang untuk dijadikan sebagai memori terindah.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ingin kongsikan beberapa gambar keindahan Taman Negara untuk tatapan bersama.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, luar, alam dan air, teks yang berkata 'PERHILITAN'

Sumber : Perhiltan